Doktor, ahli perniagaan rugi lebih setengah juta akibat `phone scam’
Doktor, ahli perniagaan rugi lebih setengah juta akibat `phone scam’
KUANTAN: Seorang doktor dan ahli perniagaan kerugian RM565,200 akibat `phone scam’.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata doktor wanita berusia 44 tahun kerugian RM433,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Katanya, mangsa mula menyertai pelaburan itu selepas melihat iklan pakej pelaburan melalui Telegram pada 3 Julai tahun lalu.
“Dengan tawaran yang diberikan suspek, mangsa menekan satu pautan yang disediakan sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp.
“Beberapa pakej pelaburan yang ditawarkan bermula dari RM500 sehingga RM5,000. Mangsa memilih modal RM500 dan mendapat keuntungan berjumlah RM15,000 dalam masa tiga jam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
“Sepanjang tempoh pelaburan itu, mangsa membuat pembayaran sebanyak 22 transaksi kepada 16 akaun yang berbeza secara berperingkat sehingga berjumlah RM433,700.
“Mangsa tidak mendapat apa-apa pulangan selepas itu dan berasa ditipu sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kes kedua, Yahaya berkata, seorang ahli perniagaan berusia 61 tahun kerugian RM131,500 selepas terpedaya suspek yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga nasional Berhad (TNB) bulan lalu.
Katanya, wanita itu pada mulanya menerima panggilan yang memaklumkan terbabit dalam kes kecurian elektrik di rumah mangsa dan menjumpai kad bank di dalam rumah itu.
“Suspek juga memberitahu mangsa turut terbabit dalam kegiatan wang haram sebelum menyambungkan panggilan kepada suspek yang menyamar pegawai polis berpangkat Inspektor.
“Mangsa menafikannya dan suspek meminta mangsa untuk membuat laporan polis. Pada masa sama, suspek juga meminta mangsa melakukan pindahan wang kepada akaun yang diberikan oleh suspek.
“Mangsa membuat pindahan wang sebanyak 26 transaksi berjumlah RM131,500 iaitu wang simpanan. Suspek juga menghantar surat waran tangkap dan laporan juruaudit Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai wang yang diambil.
“Pada 21 Januari lalu, mangsa dihubungi oleh individu tidak dikenali yang meminta mangsa memasukkan wang tetapi mangsa mula menyedari ditipu,” katanya.
Yahaya berkata, dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Doktor, ahli perniagaan rugi lebih setengah juta akibat `phone scam’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.