Slot tidak setuju pengumuman VAR di stadium
Slot tidak setuju pengumuman VAR di stadium
![Slot tidak setuju pengumuman VAR di stadium](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/FBL-ENG-PR-BOURNEMOUTH-LIVERPOOL_1738768863.webp)
Liverpool: Pengurus Liverpool, Arne Slot, menyatakan beliau tidak menyukai pengumuman Video Bantuan Pengadil (VAR) di stadium kerana bimbang ia akan menambah tekanan kepada pengadil.
Inisiatif itu sedang diuji oleh Liga Bola Sepak England (EFL) semasa perlawanan separuh akhir Piala Liga, dengan aksi separuh akhir kedua berlangsung minggu ini.
Pengadil akan mengumumkan keputusan akhir selepas melihat monitor VAR di tepi padang atau sebaik ‘menyelesaikan perkara fakta seperti bola terkena tangan tidak sengaja oleh penjaring gol atau keputusan ofsaid’.
Hanya keputusan akhir yang diumumkan kepada penyokong.
Liga Perdana Inggeris tahun lalu menyatakan pengalaman penyokong terhadap teknologi video masih ‘jauh dari memuaskan’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Pegawai utama bola sepak liga itu, Tony Scholes berkata, minggu ini bahawa hasrat liga adalah untuk pengadil mengumumkan hasil semakan VAR mulai musim depan.
Namun, Slot, yang pasukannya dalam prestasi cemerlang dan akan berusaha untuk membalikkan defisit 0-1 pada separuh akhir pertama apabila menanti kedatangan Tottenham di Anfield pada Jumaat, menyuarakan keraguan terhadap perubahan berkenaan.
“Saya tertanya-tanya sama ada ini perkara yang baik untuk pengadil kerana mereka sudah pun berdepan dengan banyak tekanan dalam setiap perlawanan daripada penyokong tuan rumah,” kata pengurus Liverpool itu dalam sidang media pra perlawanan.
Slot tidak setuju pengumuman VAR di stadium
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
You must be logged in to post a comment.