Hilang di Gunung Yong Yap, pendaki ditemui di kebun getah Kuala Mu

Hilang di Gunung Yong Yap, pendaki ditemui di kebun getah Kuala Mu

Hilang di Gunung Yong Yap, pendaki ditemui di kebun getah Kuala Mu
Seorang pendaki ditemui selamat selepas dilaporkan hilang dipercayai tersesat selepas terpisah daripada kumpulannya sewaktu menuruni Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, Sungai Siput, kelmarin. – Foto ihsan JBPM Perak

SUNGAI SIPUT: Seorang pendaki dijumpai selamat selepas dilaporkan hilang dipercayai tersesat selepas terpisah daripada kumpulannya sewaktu mereka menuruni Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, di sini semasa menyertai pendakian gunung itu, kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata Ilhami Mohd Idris, 22, berasal dari Seri Kembangan, Selangor dijumpai selamat jam 10 pagi tadi di kawasan kebun getah dekat Kuala Mu oleh orang awam.

Mangsa didapati hilang semasa ketua ekspedisi pendakian itu membuat pemeriksaan kumpulan ekspedisi yang disertai 16 peserta, selepas mereka menuruni bukit di Kem Chinak pada 6 petang kelmarin.

Pasukan pendakian itu bersama lima malim gunung kemudian membuat pencarian hingga ke puncak namun mangsa tidak dijumpai, sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis jam 10.03 malam tadi (Ahad).

“Pencarian mangsa dimulakan jam 7.30 pagi tadi (Isnin) bersama agensi yang terbabit, termasuk bersama lima malim gunung.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


“Mangsa dijumpai oleh orang awam jam 10 pagi di kebun getah Kuala Mu. Mangsa dibawa oleh orang awam ke pihak bomba jam 10.26 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gunung Yong Yap terletak bersempadan antara Perak dan Kelantan setinggi 2,167 meter, antara tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia atau dikenali sebagai G7 dalam kalangan pendaki tempatan.

Hilang di Gunung Yong Yap, pendaki ditemui di kebun getah Kuala Mu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker