Salah wira Liverpool, Slot puji semangat juang pasukan

Salah wira Liverpool, Slot puji semangat juang pasukan

Salah wira Liverpool, Slot puji semangat juang pasukan
SALAH bertembung dengan penjaga gol lawan, Kepa Arrizabalaga. FOTO Reuter

Bournemouth: Mohamed Salah sekali lagi menjadi penyelamat Liverpool, tetapi pengurus Arne Slot lebih kagum dengan semangat juang pasukannya selepas menempuh salah satu ujian paling sukar musim ini dalam kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth, awal pagi tadi.

Bintang Mesir itu meletakkan The Reds di hadapan menerusi sepakan penalti pada babak pertama sebelum menambah gol kedua yang cukup berkualiti, sekali gus melonjak ke tangga keenam dalam senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang zaman dengan 178 gol, mengatasi Frank Lampard.

Namun, di sebalik ketajaman Salah, Liverpool terpaksa bekerja keras berdepan Bournemouth yang tidak pernah kalah dalam 11 perlawanan liga sebelum ini.

Tuan rumah dua kali menggegar tiang gol dan melihat satu jaringan dibatalkan, tetapi Liverpool bertahan dengan cemerlang untuk melebarkan rekod tanpa kalah dalam liga kepada 19 perlawanan serta melebarkan jurang sembilan mata di puncak.

“Ia benar-benar satu pertempuran, tetapi saya sudah menjangkakan. Dalam perlawanan di Anfield, ketika kami mendahului 3-0, mereka tetap melawan dengan mentaliti dan kualiti yang hebat,” kata Slot, merujuk kemenangan Liverpool sebelum ini di mana Bournemouth mencipta 19 percubaan ke arah gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


“Mereka menewaskan begitu banyak pasukan hebat dan itu bukan kerana nasib. Mereka bermain dengan intensiti tinggi, berkualiti dan sentiasa menjadi lawan yang sukar.

“Hanya beberapa pasukan lain yang memberi kesukaran seperti ini. Dari segi larian, mereka berada di tahap tinggi dan jika anda mahu menang, anda perlu bersaing dalam aspek larian, pertarungan dan perebutan bola. Itu yang dilakukan pemain saya.”

Slot turut memuji Salah dan penjaga gol Alisson kerana memimpin pasukan dengan aksi cemerlang.

“Untuk menang di sini menentang pasukan yang begitu kompetitif, anda perlukan persembahan berpasukan yang mantap dan kerja keras. Itulah yang kami miliki, selain pemain berkualiti yang mampu mencipta perbezaan,” kata pengendali dari Belanda itu.

“Gol kedua Mo sangat luar biasa, begitu juga aksi menyelamat Alisson. Tapi bukan mereka sahaja, pertahanan tengah kami juga beraksi dengan cukup mengagumkan.”

Liverpool kini semakin hampir menjulang kejuaraan dengan baki 15 perlawanan, namun Slot enggan terlalu memikirkan perkara itu buat masa ini.

Salah wira Liverpool, Slot puji semangat juang pasukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker