Pidcock mula langkah kanan bersama Q36.5

Pidcock mula langkah kanan bersama Q36.5

Pidcock mula langkah kanan bersama Q36.5
PIDCOCK juara keseluruhan Tour Al Ula. FOTO AFP

Al Ula: Juara Olimpik dua kali acara basikal bukit, Tom Pidcock, memulakan musim perlumbaan dengan penuh bergaya apabila muncul juara keseluruhan Tour Al Ula di Arab Saudi, semalam, dalam perlumbaan pertamanya bersama pasukan baharu, Q36.5.

Pidcock membuat keputusan mengejut meninggalkan pasukan elit Ineos pada akhir musim lalu untuk menyertai pasukan divisyen kedua dari Switzerland itu.

Namun, pertaruhan berani pelumba Britain itu serta pasukan baharunya membuahkan hasil segera.

“Saya pernah melakukannya di peringkat remaja tetapi tidak pernah di peringkat elit,” kata pelumba berusia 25 tahun itu selepas perlumbaan lima hari berkenaan, dengan menganggapnya sebagai pencapaian penting dalam kariernya.

“Kami menang sebagai satu pasukan. Saya tahu ini hanya perlumbaan lima hari, tetapi kami baru mengenali satu sama lain pada Disember lalu,” ujar Pidcock, yang sebelum ini tidak berpuas hati ketika bersama Ineos walaupun pernah memenangi peringkat ikonik di Alpe d’Huez dalam Tour de France.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Di podium, pelumba berbadan kecil tetapi berbisa itu mengenakan keffiyeh, penutup kepala tradisional lelaki Arab Saudi, selepas perlumbaan yang turut dimeriahkan dengan kehadiran pelumba unta di laluan permulaan dan penamat di pusat perlumbaan unta.

Pidcock merampas jersi pendahulu pada peringkat kedua selepas melakukan serangan di laluan berbukit curam dan meninggalkan pencabarnya.

Dia sekali lagi mengungguli peringkat keempat untuk mengukuhkan cengkaman kejuaraan dan tidak menghadapi masalah mempertahankan jersi pendahulu pada peringkat terakhir yang rata.

Selain kejayaan ini, Pidcock turut memenangi perlumbaan klasik Strade Bianche dan Amstel Gold pada 2023 serta 2024, malah turut mempertahankan pingat emas Olimpik acara basikal bukit di Paris, Julai lalu.

Sementara itu, pasukan Q36.5 turut menambah kejayaan apabila pelumba Itali, Matteo Moschetti, memenangi peringkat kelima selepas menewaskan pakar pecut Belanda, Dylan Groenewegen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


Moschetti sebelum ini mengalami kemalangan ngeri tahun lalu apabila dirempuh trak di Milan dan terpaksa diterbangkan ke hospital dengan kecederaan patah tulang belakang.

Namun, dia kini kembali ke tahap terbaiknya dengan kemenangan bermakna di Al Ula.

Pidcock mula langkah kanan bersama Q36.5

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker