Silva gembira Fulham lakukan kebangkitan luar biasa
Silva gembira Fulham lakukan kebangkitan luar biasa

Newcastle: Rodrigo Muniz muncul wira Fulham selepas menjaringkan gol pada minit ke-82 untuk menghadiahkan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Skuad pelawat bangkit daripada ketinggalan menerusi aksi garang separuh masa kedua, sekali gus melonjak ke tangga kesembilan dengan 36 mata, lima mata di belakang Newcastle yang kekal di tempat kelima selepas aksi hambar di St James’ Park.
Newcastle bermula agresif dengan serangan bertali arus tetapi mereka hanya mencipta percubaan tepat pertama pada minit ke-28 menerusi Fabian Schaer, yang disekat pertahanan lawan.
Tuan rumah hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-35 apabila rembatan deras Sandro Tonali menggegarkan palang gol.
Dua minit kemudian, Jacob Murphy meletakkan Newcastle di depan selepas gerakan pantas Anthony Gordon di sebelah kiri, dengan bola yang terkena Calvin Bassey melantun ke laluannya sebelum disudahkan ke jaring.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Namun, Fulham tampil lebih garang selepas rehat apabila Emile Smith Rowe menguji Martin Dubravka dan Raul Jimenez mensia-siakan peluang keemasan pada minit ke-56 apabila rembatannya tersasar selepas mengatasi dua pertahanan Newcastle.
Pelawat akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 dalam situasi malang buat Murphy, yang cuba menghalang rembatan Jimenez tetapi bola sebaliknya membolosi gawang sendiri.
Ketumpulan Newcastle berterusan apabila penyerang mereka, Alexander Isak, sekadar melihat rembatan padu pada minit ke-75 sekadar singgah di palang gol.
Tujuh minit kemudian, Muniz memastikan kemenangan Fulham apabila dia bijak menyambar hantaran sepakan percuma Andreas Pereira untuk menewaskan Dubravka.
Pengendali Fulham, Marco Silva, gembira dengan kebangkitan luar biasa anak buahnya.
“Kami perlu lebih tajam, lebih proaktif di jentera serangan – dan pemain menunjukkan reaksi menakjubkan. 25 minit pertama separuh masa kedua adalah daripada pasukan yang tahu bagaimana untuk menang di sini,” katanya kepada Sky Sports.
Sebaliknya, pengurus Newcastle, Eddie Howe, kecewa dengan prestasi hambar pasukannya.
“Kami tidak bermain dengan baik. Kami mendahului tetapi melepaskan dua gol mudah, gagal mengawal permainan sepenuhnya seperti yang kami mahukan – sangat mengecewakan,” katanya kepada BBC.
Silva gembira Fulham lakukan kebangkitan luar biasa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.