Motta tidak mahu beri alasan kecederaan

Motta tidak mahu beri alasan kecederaan

Motta tidak mahu beri alasan kecederaan
MOTTA akui Veiga, yang dipinjam dari Chelsea minggu ini, mampu membantu pasukan. FOTO Reuters

Turin: Krisis kecederaan mengganggu rentak Juventus musim ini, tetapi Thiago Motta menegaskan pasukannya tidak akan menjadikannya sebagai alasan untuk prestasi hambar mereka kebelakangan ini.

Juve hanya menang sekali dalam semua kejohanan tahun ini dan bakal turun menentang Empoli di tempat sendiri hari ini selepas tewas dua kali berturut-turut kepada Napoli dalam Serie A dan Benfica di Liga Juara-Juara.

Kekalahan kepada Napoli, yang kini menerajui liga, adalah yang pertama buat Juve dalam Serie A musim ini.

Namun, pasukan itu kini menghuni tangga kelima selepas seri 13 kali dalam 22 perlawanan dan ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu.

Mereka juga berdepan masalah di benteng pertahanan selepas Pierre Kalulu disahkan mengalami kecederaan otot, tetapi Motta yakin pemain muda berusia 21 tahun, Renato Veiga, yang dipinjam dari Chelsea minggu ini, mampu membantu pasukan.

“Memang sayang Kalulu tidak dapat beraksi. Tetapi kami ada pemain lain yang bersedia untuk mengisi tempatnya dan saya yakin mereka akan beraksi dengan baik,” kata Motta.

“Kalulu dan Federico Gatti sudah menunjukkan prestasi baik di pertahanan tengah, kini kami ada Veiga yang boleh membantu. Kami melalui tempoh yang sukar dengan banyak kecederaan, dan itu sebahagian sebab kami tidak menang.

“Tapi ini bukan alasan, sebaliknya realiti. Pasukan lain yang menang tetapi kemudian dilanda kecederaan juga bergelut untuk mengekalkan prestasi. Kami marah dengan beberapa kekalahan sebelum ini, jadi sekarang kami akan bekerja lebih keras untuk menang,” tegasnya.

Motta tidak mahu beri alasan kecederaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker