Flick mahu Barca elak dikejutkan Alaves
Flick mahu Barca elak dikejutkan Alaves

Barcelona: Barcelona tidak boleh memandang rendah cabaran Alaves menjelang pertembungan LaLiga di Estadi Olímpic Lluís Companys, hari ini, dengan pengendali Hansi Flick menuntut pasukannya lebih berwaspada.
Meskipun Alaves kini menghuni tangga ke-17 dan hanya satu mata di atas zon penyingkiran, pasukan itu menunjukkan peningkatan sejak Eduardo Coudet mengambil alih pada Disember lalu, hanya tewas sekali dalam enam aksi liga terakhir.
“Kami mahu menang. Untuk itu, kami perlu bertahan dengan baik kerana kami juga mahukan tanpa bolos,” kata Flick pada sidang media, Sabtu.
“Alaves bukan lawan mudah. Dalam tiga daripada lima perlawanan terakhir mereka, mereka berjaya menjaringkan gol dalam 15 minit pertama. Kami perlu lebih berhati-hati.”
Barca sendiri berdepan masalah di benteng pertahanan apabila gagal mencatatkan tanpa bolos dalam enam perlawanan terakhir, selain melalui empat aksi tanpa kemenangan sebelum menang besar 7-1 ke atas Valencia bulan lalu.
“Jika kami bermain lima atau 10 peratus di bawah tahap sebenar, kami tidak akan menang. Semua pasukan sedang berjuang untuk kekal dalam LaLiga, jadi kami perlu menunjukkan kehebatan Barca dari awal permainan,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Flick mengesahkan pertahanan tengah, Inigo Martinez, yang mengalami kecederaan hamstring bulan lalu, akan kembali memperkuatkan pasukan dalam misi mengejar pendahulu, Real Madrid.
“Situasi ini salah kami sendiri. Kami sudah kehilangan terlalu banyak mata. Sekarang, kami perlu menang satu demi satu perlawanan untuk memberi tekanan kepada Madrid. Tujuh mata bukan jurang yang mudah, tapi kami akan terus berjuang,” katanya.
Flick mahu Barca elak dikejutkan Alaves
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.