PDRM mara ke pentas final Piala Cabaran
PDRM mara ke pentas final Piala Cabaran

Alor Setar: PDRM FC menempah tiket ke pentas final Piala Cabaran apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melalui penentuan sepakan penalti (5-4) selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 (agregat 4-4) pada saingan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman malam ini.
Keputusan ini menyaksikan Kedah selaku tuan rumah terpaksa menggigit jari selepas hampir menyaingi PDRM dengan aksi di laman sendiri di hadapan lebih 3,000 penyokong.
Pada aksi ini KDA FC melaungkan amaran awal di laman sendiri apabila hampir membolosi kubu PDRM melalui percubaan Aiman Afif Afizul pada minit ke-12 selepas mendapat hantaran pemain sayap Danial Tarmizi, tetapi rembatannya dalam kotak penalti berjaya ditampan pemain pertahanan lawan.
Skuad kendalian P Maniam cuba bangkit melalui percubaan penyerang tempatan Shahrel Fikri Md Fauzi dua minit kemudian namun percubaannya lemah dan mudah diselamatkan penjaga gawang Kedah Ifwat Akmal Chek Kassim.
Kedua-dua pasukan dilihat buntu mendapatkan gol pembukaan dengan tempo permainan agak perlahan di mana aksi lebih berkisar di ruang tengah hingga ke hujung babak pertama.
Bermula babak kedua, Kedah cuba meningkatkan serangan melalui pemain sayapnya Danial dan ahkirnya pada minit ke-58, mereka berjaya membuka akaun jaringan yang dinantikan melalui percubaan Amirul Awang Kecik.
PDRM cuba memperkuatkan lagi jentera serangan dengan memasukkan pemain import Bruno Suzuki pada minit ke-70 dan ini disusuli percubaan Shahrel Fikri tiga minit kemudian yang berjaya di selamatkan oleh Ifwat Akmal.
Ketinggalan dengan satu gol, PDRM cuba menekan kubu Kedah di hujung perlawanan dan akhirnya berjaya mendapat satu jaringan melalui percubaan Shafizi Iqmal Khirudin untuk mengikat kedudukan 1-1 yang memaksa perlawanan berlangsung ke masa tambahan.
Tiada sebarang gol dihasilkan pada aksi masa tambahan dengan perlawanan ini terpaksa diteruskan dengan penentuan melalui sepakan penalti.
PDRM mara ke pentas final Piala Cabaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.