Kapal kargo berkuasa angin, terpanjang di dunia
Kapal kargo berkuasa angin, terpanjang di dunia

Ankara: Kapal kargo berkuasa angin yang terpanjang di dunia dilancarkan di Turkiye, pada Jumaat lalu.
Ia menawarkan cara yang menjanjikan untuk mengurangkan pelepasan karbon untuk kapal dagang barangan.
Kapal Neoliner Origin sepanjang 136 meter itu kini dalam proses pemasangan selama enam bulan di pelabuhan Tuzla, Turkiye.
Ia adalah buatan syarikat Perancis, Neoline dan dibina oleh limbungan kapal Turkiye, RMK Marine.
Kapal itu boleh membawa muatan seberat 5,300 tan metrik dalam jarak jauh, dua tiang dan layar seluas 3,000 meter persegi.
Sektor pengangkutan maritim bertanggungjawab untuk kira-kira tiga peratus daripada pelepasan gas rumah hijau, dengan kira-kira 90 peratus perdagangan dunia melalui laut, menurut Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Kapal itu akan meninggalkan Turkiye pada musim panas 2025 ke pelabuhan di Lautan Atlantik bagi Perancis iaitu di Saint-Nazaire.
Kemudian, ia akan memulakan pelayaran pertamanya ke arah Amerika Utara; pulau Perancis Saint-Pierre-et-Miquelon; pelabuhan Amerika Syarikat (AS), Baltimore dan Halifax di Kanada.
Projek itu mendapat sokongan bank pelaburan awam (BPI) Perancis dan syarikat perkapalan Perancis CMA-CGM.
Kapal kargo berkuasa angin, terpanjang di dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.