14 ditahan bermain judi holo di Seremban

14 ditahan bermain judi holo di Seremban

14 ditahan bermain judi holo di Seremban
Antara barangan yang dirampas dari sebuah rumah di Taman Seri Binjai, Seremban yang diserbu tengah malam tadi. – Foto ihsan polis

SEREMBAN: Keseronokan 14 lelaki bermain judi holo di sebuah rumah di Taman Seri Binjai, di sini, tengah malam tadi, terhenti apabila mereka diserbu sepasukan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata serbuan jam 12 tengah malam itu dilakukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.

Katanya, semua suspek yang ditahan itu berusia 34 hingga 62 tahun.

“Polis turut merampas sebuah meja yang mempunyai lukisan perjudian holo, dua dadu, satu piring seramik, satu mangkuk seramik, 12 kerusi serta rampasan wang tunai berjumlah RM19,168.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


“Semua tangkapan dibenarkan tahanan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Hatta berkata sekiranya didapati bersalah mereka terbabit boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana terus memberi kerjasama kepada polis agar jenayah seperti ini dapat ditangani dengan segera,” katanya

14 ditahan bermain judi holo di Seremban

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker