Fesyen Che Ta & Zain Saidin Curi Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Terus Nampak Muda 10 Tahun”

Fesyen Che Ta & Zain Saidin Curi Perhatian Ramai! [VIDEO]

Fesyen Che Ta & Zain Saidin Curi Perhatian Ramai! [VIDEO]

Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Kan Lawa Pakai Macam Ni, Terus Nampak Segar Aura Muda Naik Ke Wajah”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 204 ribu, tanda suka sebanyak 4,870 dan sebanyak 76 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan fesyen Che Ta bersama suaminya itu ketika mereka berada di Genting Highland untuk bercuti bersama keluarganya itu.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka lebih gemar melihat Che Ta dan suami berpakaian sebegini kerana kelihatan lebih muda dan segar.

Fesyen Che Ta & Zain Saidin Curi Perhatian Ramai! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker