Adakah Badan Eksekutif Masih Menghormati Prinsip Kesetiaan Kepada Raja & Negara?
Adakah Badan Eksekutif Masih Menghormati Prinsip Kesetiaan Kepada Raja & Negara?
Apa sudah berlaku dengan negara kita?
Satu demi satu isu terbongkar!!!
Bermula dengan penghinaan kepada kalimah الله dengan mencetakkannya di stokin yang kelazimannya dipakai dikaki.
Ia adalah satu penghinaan yang sangat besar kepada masyarakat Islam dan sudah pastiya menimbulkan kemarahan.
Tetapi sangat menghairankan, ada di kalangan masyarakat Islam sendiri, atas kepentingan politik, mahu supaya semua pihak bertenang.
Kononnya serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan mahkamah untuk mengadilinya.
Tetapi akhirnya tidak ada sebarang tindakan atau hukuman dikenakan.
Sebelum itu di dalam pemerintahan sebelumnya, pihak eksekutif hanya membisu apabila kezaliman ke atas DS Najib dilakukan bertali arus.
Hak beliau untuk dibicarakan secara adil, hak beliau untuk membela diri telah dinafikan secara terang-terangan.
Dalam pemerintahan kerajaan sekarang, timbul pula isu titah adendum yang menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan rakyat.
Mula-mula rakyat dalam kegelisahan dibelenggu persoalan sama ada titah tersebut wujud atau pun tidak.
Selepas mahkamah mengesahkan kewujudannya, timbul pula polemik baharu dari kerajaan yang mempersoalkan keabsahannya.
Sedarkah kerajaan implikasi dari terus mahu menegakkan benang yang basah?
Kuasa mutlak Raja Raja Melayu yang dijamin di dalam perlembagaan akan dipertikaikan secara terbuka di mahkamah.
Kredibiliti dan maruah Raja Raja Melayu akan tercalar teruk sekiranya mahkamah membuat keputusan yang tidak menyebelahi Raja Raja Melayu.
Apakah ini yang kita mahukan?
Belum habis isu titah adendum, sekali lagi kesabaran masyarakat Islam diuji oleh pihak yang sama.
Menggunakan nama yang mengelirukan dan logi halal palsu!!!
Sekali lagi ada pihak yang mahu supaya isu tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah.
Apakah keputusan akhirnya akan sama seperti isu kalimah الله?
Sama-sama kita tunggu.
Soal yang bersangkutan dengan kesucian agama Islam dan kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif Raja Raja Melayu.
Mengapa ianya mahu dicabar di mahkamah?
Adakah Badan Eksekutif Masih Menghormati Prinsip Kesetiaan Kepada Raja & Negara?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
You must be logged in to post a comment.