Neymar sedia berganding semula dengan Messi, Suarez
Neymar sedia berganding semula dengan Messi, Suarez
Riyadh: Penyerang Brazil, Neymar, menyifatkan idea untuk bersatu semula dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi dan Luis Suarez, di Inter Miami sebagai sesuatu yang menarik dan tidak menolak kemungkinan berpindah ke Amerika Syarikat selepas kontraknya bersama Al Hilal tamat.
Ketika bersama di Barcelona, trio Neymar, Messi, dan Suarez pernah menjadi gandingan serangan paling digeruni, membantu kelab itu meraih treble bersejarah sebelum Neymar berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai rekod dunia €222 juta (RM1 bilion) pada 2017.
“Sudah tentu, bermain semula dengan Messi dan Suarez akan menjadi sesuatu yang luar biasa. Mereka adalah kawan saya, dan kami masih berhubung,” kata Neymar kepada CNN.
“Ia pasti menarik untuk menghidupkan semula trio ini. Saya gembira di Al Hilal, saya gembira di Arab Saudi, tetapi siapa tahu. Bola sepak penuh dengan kejutan.”
Neymar, yang berpindah ke Al-Hilal dengan bayaran dilaporkan sekitar €90 juta (RM421 juta) pada 2023, hanya tampil tujuh kali untuk kelab itu setakat ini kerana kerap dibelenggu kecederaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Kontraknya bersama kelab Arab Saudi itu akan tamat pada Jun.
“Ketika berita keluar bahawa saya meninggalkan PSG, jendela perpindahan di Amerika Syarikat sudah pun ditutup, jadi saya tidak mempunyai pilihan untuk ke Miami pada 2023,” jelas Neymar.
“Projek yang mereka tawarkan (di Arab Saudi) sangat baik, bukan hanya untuk saya tetapi juga untuk keluarga saya, jadi berpindah ke Arab Saudi adalah pilihan terbaik.”
Sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol, Neymar yang kini berusia 32 tahun berkata dia akan mencuba sekali lagi untuk meraih kejayaan Piala Dunia pada 2026.
Dalam kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan yang berbaki enam pusingan, Brazil kini berada di tempat kelima, di mana enam pasukan teratas akan layak secara automatik.
Neymar sedia berganding semula dengan Messi, Suarez
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.