Bilbao lega Barca tanpa Olmo
Bilbao lega Barca tanpa Olmo
Jeddah: Jurulatih Athletic Bilbao, Ernesto Valverde, menyifatkan ketiadaan pemain tengah Barcelona, Dani Olmo, sebagai satu kelebihan buat pasukannya menjelang separuh akhir Piala Super Sepanyol Khamis ini.
Barcelona, yang kini bergelut dengan masalah kewangan, sedang berusaha keras untuk mendapatkan semula lesen Olmo selepas pendaftaran pemain itu tamat pada akhir 2024.
Percubaan mereka sebelum ini ditolak dua kali di mahkamah.
Kelab Catalan itu membawa kes ini ke Mahkamah Sukan Tertinggi Sepanyol, tetapi sehingga keputusan dibuat atau langkah sementara membenarkan pendaftaran baharu, Olmo dan penyerang Pau Victor tidak dapat diturunkan.
Walaupun kedua-dua pemain diterbangkan ke Arab Saudi untuk perlawanan menentang juara Copa del Rey, Athletic Bilbao, mereka masih belum layak untuk bermain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
“Olmo adalah pemain luar biasa, dan jika dia tidak boleh bermain, bagi kami, apa yang boleh saya katakan?” ujar Valverde, bekas jurulatih Barcelona, kepada pemberita.
“Saya simpati dengan situasi yang dihadapinya, kerana dia adalah pemain yang, jika boleh bermain, pasti membawa prestij kepada pertandingan ini. Tetapi jika dia tidak bermain menentang kami, itu lebih baik.”
Valverde, yang pernah memenangi dua kejuaraan La Liga bersama Barcelona, dipecat pada Januari 2020 selepas kekalahan dalam separuh akhir Piala Super Sepanyol kepada Atletico Madrid di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah, lokasi perlawanan Khamis ini.
“Saya sedar perlawanan terakhir saya sebagai jurulatih Barca berlaku di sini, di stadium yang sama,” tambah Valverde.
“Itu sudah berlalu. Saya kini berada di tempat lain, sangat gembira, dan esok adalah perlawanan yang berbeza.”
Sementara itu, juara La Liga, Real Madrid, akan berdepan Real Mallorca dalam separuh akhir kedua pada Jumaat.
Bilbao lega Barca tanpa Olmo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.