Vietnam raih bekalan tipis ke Bangkok
Vietnam raih bekalan tipis ke Bangkok
Kuala Lumpur: Vietnam meraih bekalan tipis selepas menewaskan juara bertahan, Thailand 2-1 dalam aksi final pertama Piala Asean 2024 di Stadium Viet Tri, sebentar tadi.
Ketumpulan dalam melakukan penyudah menyaksikan skuad Naga Emas dan Gajah Perang menutup babak pertama tanpa jaringan meskipun kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang.
Babak kedua berlangsung lebih rancak dengan banyak percubaan tepat dilakukan terutama menerusi sepakan voli pemain gantian Vietnam, Nguyen Quang Hai pada minit ke-58 yang ditepis penjaga gol Thailand, Patiwat Khammai.
Hanya kira-kira seminit selepas itu, Khammai akhirnya tertewas juga apabila penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son melompat tinggi untuk menanduk masuk bola hantaran Vu Van Thanh.
Xuan Son terus membuktikan kehebatannya apabila meledak gol kedua pada minit ke-72 selepas memperdaya pertahanan Thailand sebelum merembat kencang untuk sekali lagi menewaskan Khammai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Jaringan itu menjadi gol ketujuh yang di ledak Xuan Son dalam empat perlawanan dan mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas carta penjaring terbanyak Piala Asean 2024.
Thailand bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-83 apabila Chalermsak Aukkee menyudahkan umpanan Suphanat Mueanta.
Juara Piala Asean 2024 akan ditentukan dalam aksi final kedua yang akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, Ahad ini.
Vietnam raih bekalan tipis ke Bangkok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.