Usia 62 tahun bukan penghalang Sainz terus dominasi Rali Dakar
Usia 62 tahun bukan penghalang Sainz terus dominasi Rali Dakar
Bisha, Arab Saudi: Pemandu veteran dari Sepanyol, Carlos Sainz melakar sejarah apabila memenangi Rali Dakar keempatnya musim lalu dan yakin momentum itu akan dikekalkan musim ini bagi mencabar kejuaraan seterusnya di Arab Saudi.
Gelaran keempat tahun lalu hadir pada usia 61 tahun sekali gus bergelar pemenang tertua dan pertama dalam saingan Dakar buat pemandu pasukan Audi itu.
“Secara peribadi saya telah melakukan segala yang saya mampu untuk tiba dalam keadaan fizikal yang baik dan saya akan memberikan segala-galanya untuk perlumbaan akan dating,” kata Sainz pada majlis pelancaran kereta Ford Raptor baharunya.
“Saya menjangkakan tidak banyak masalah dan saya akan terus bersaing untuk memburu kemenangan. Saya gembira dapat berlumba lagi dalam perlumbaan Dakar lagi,” katanya.
Untuk rekod, Sainz sudah memenangi empat gelaran dunia masing-masing pada 2010, 2018, 2020 dan 2024.
Usia 62 tahun bukan penghalang Sainz terus dominasi Rali Dakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.