Dua suspek curi kabel TM di tahan
Dua suspek curi kabel TM di tahan
JELEBU: Usaha dua lelaki melarikan diri daripada ditangkap polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia tidak berjaya selepas kereta dinaiki terbabas di sebuah selekoh berhampiran Kampung Petasih, di sini.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said, berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20 an dan 40-an sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis yang menjalankan rondaan pada jam 3.45 pagi di Jalan Kuala Pah Peradong.
Bagaimanapun, katanya kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara cuba melarikan diri sebelum polis berjaya menahan penjenayah terbabit sebaik kereta dinaiki terbabas di satu selekoh selepas melarikan diri lebih kurang empat kilometer.
” Pemeriksaan polis menemui satu gulung kabel dipercayai milik TM yang sudah dipotong serta peralatan disyaki digunakan untuk mencuri kabel di dalam kereta.
“Polis turut menemui satu paket plastik dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 5.4 gram,” katanya, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Azizan berkata, siasatan awal polis, kedua-dua suspek mengaku mencuri kabel di Jalan Kuala Pah Peradong manakala dadah didakwa untuk kegunaan sendiri.
” Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan manakala bagi kes dadah kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
” Kedua-dua suspek ketika ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan polis akan memohon perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Bahau, pagi esok,” katanya.
Dua suspek curi kabel TM di tahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.