Akibat dendam, pemandu lori dibunuh, mayat disumbat dalam but kereta sendiri

Akibat dendam, pemandu lori dibunuh, mayat disumbat dalam but kereta sendiri

Akibat dendam, pemandu lori dibunuh, mayat disumbat dalam but kereta sendiri
Kereta yang yang ditemukan dalam semak di tepi jalan di Kilometer 26 Jalan Jemaluang-Kahang. -Foto tular

MERSING: Polis menemui mayat seorang lelaki di dalam but keretanya sendiri di Kilometer 26, Jalan Jemaluang-Kahang, dipercayai dibunuh petang semalam.

Siasatan awal polis mendapati punca kejadian adalah akibat dendam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata mangsa berusia 28 tahun dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dengan kesan kecederaan di bahagian leher.

Beliau berkata, motif pembunuhan dipercayai kerana mangsa yang juga pemandu lori didakwa mempunyai hubungan dengan bekas isteri suspek.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing mengesahkan kejadian penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dalam but kereta Proton Waja di dalam semak tepi jalan di lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Bertindak atas maklumat risikan yang diperolehi, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian ini pada 4.30 pagi hari ini (semalam).

“Kedua-dua suspek yang berumur lingkungan 33 hingga 35 tahun telah dibenarkan untuk ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

“Susulan kejayaan tangkapan ini, kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, suspek cuba menutup helah dengan membuatkan Proton Waja berkenaan seolah-olah terbabas ke dalam semak di lokasi kejadian.

“Mayat kini berada di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Akibat dendam, pemandu lori dibunuh, mayat disumbat dalam but kereta sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker