Pergaduhan penyokong bola sepak: Polis tahan dua lelaki

Pergaduhan penyokong bola sepak: Polis tahan dua lelaki

Pergaduhan penyokong bola sepak: Polis tahan dua lelaki
Sekumpulan individu merusuh di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan. – Foto tular

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan pasukan Singapura di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing di Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor bagi membantu siastan.

Beliau berkata, pihaknya mengesan satu video tular memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak yang bertindak agresif sehingga menyebabkan tren terhenti kira-kira lapan minit ketika kejadian itu.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan dua lelaki tempatan di kediaman masing-masing. Kedua-dua suspek direman dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

“Pihak polis memandang serius berhubung kejadian ini dan menyeru orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa perbuatan yang salah di sisi undang-undang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua kumpulan dipercayai penyokong skuad Harimau Malaya dan pasukan Singapura terbabit pergaduhan di stesen LRT Bandar Tasik Selatan, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku selepas tamat perlawanan Piala Asean 2024 kira-kira jam 12 tengah malam itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilaporkan berkata, dua kumpulan berkenaan menaiki tren dari Stesen Bukit Jalil menghala Sentul Timur.

Pergaduhan penyokong bola sepak: Polis tahan dua lelaki

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker