Mangsa banjir di Kelantan berkurangan
Mangsa banjir di Kelantan berkurangan
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 23,366 orang setakat 7.30 pagi ini berbanding 24,416 orang malam tadi.
Kesemua mangsa berlindung di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Jeli.
Jajahan Jeli kembali dilanda banjir malam tadi selepas hujan lebat menyebabkan kawasan Kuala Balah dinaiki air.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Tumpat adalah seramai 13,879 orang daripada 4,345 keluarga di 32 PPS, diikuti Pasir Mas (9,468 orang, 3,202 keluarga di 17 PPS) dan Jeli (19 mangsa daripada empat keluarga di satu PPS).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.