PM Perancis hadapi undi tidak percaya selepas pertikaian belanjawan
PM Perancis hadapi undi tidak percaya selepas pertikaian belanjawan
Paris: Ahli Parlimen Perancis akan mengadakan undi tidak percaya pada Rabu untuk memutuskan masa depan kerajaan berhaluan tengah yang diketuai Perdana Menteri Michel Barnier, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Mulai 4 petang (1500 GMT), dua usul akan dibahaskan dan diundi di Dewan Perwakilan Nasional – dewan rendah Perancis – yang dikemukakan oleh kem sayap kiri dan golongan nasionalis sayap kanan di sekitar Marine Le Pen.
Jika terdapat majoriti menentang kerajaan, Barnier terpaksa meletakkan jawatan.
Kabinet Barnier menerajui kerajaan kurang daripada tiga bulan. Beliau dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron pada September selepas pilihan raya negara pada Jun dan Julai.
Pilihan raya awal itu merumitkan lagi keseimbangan kuasa politik di Perancis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Pada mulanya, nasionalis sayap kanan bertolak ansur dengan kerajaan Barnier. Bagaimanapun, pertikaian mengenai belanjawan penjimatan Barnier membawa kepada ancaman oleh Le Pen untuk menarik balik keyakinan kepada kerajaan jika beliau tidak membuat konsesi selanjutnya.
Barnier kemudian memaksa bahagian pertama belanjawan diluluskan di Dewan Perwakilan Nasional tanpa undi akhir pada Isnin, sekali gus menambah kemarahan lawannya.
PM Perancis hadapi undi tidak percaya selepas pertikaian belanjawan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.