Legenda Brazil, Ronaldo dicemuh peminat
Legenda Brazil, Ronaldo dicemuh peminat
Valladolid: Peminat Real Valladolid melakukan protes terhadap pemilik kelab, Ronaldo Nazario sebelum dan semasa kekalahan teruk 0-5 kepada Atletico Madrid dalam perlawanan La Liga, semalam.
Legenda bola sepak Brazil berusia 48 tahun itu, yang membeli saham majoriti kelab enam tahun lalu, kini berdepan kritikan hebat daripada penyokong.
Sepanjang tempoh pemilikannya, Valladolid kerap turun naik antara La Liga dan La Liga 2, menjadikan mereka sebuah ‘kelab yo-yo’.
Selepas berjaya naik semula ke LaLiga musim lalu dengan menamatkan kempen sebagai naib juara La Liga 2, Valladolid kini menduduki tangga tercorot liga, hanya mengumpul sembilan mata daripada 15 perlawanan.
Sebelum perlawanan semalam, beberapa penyokong Valladolid berarak menuju ke stadium sambil membawa sepanduk bertulis ‘Ronaldo Go Home’. Mereka turut melaungkan rasa tidak puas hati.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Kekalahan kepada Atletico Madrid semakin menambah tekanan, dengan gol daripada Clement Lenglet, Julian Alvarez, Rodrigo De Paul, Antoine Griezmann, dan Alexander Sorloth menghancurkan harapan Valladolid.
Berikutan kekalahan itu, pihak pengurusan kelab bertindak segera dengan memecat jurulatih Paulo Pezzolano.
Jurulatih dari Uruguay itu dilantik pada April 2023 dan berjaya membawa Valladolid naik semula ke La Liga musim lalu, tetapi gagal mengekalkan prestasi pasukan.
Kelab itu kini perlu mencari jurulatih baharu yang dapat memulihkan situasi semasa dan mengelakkan penyingkiran sekali lagi.
Legenda Brazil, Ronaldo dicemuh peminat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.