Juara 33 kali Piala Malaysia ‘bungkus awal’
Juara 33 kali Piala Malaysia ‘bungkus awal’
Kuala Lumpur: Sri Pahang FC ternyata berada di kelas tersendiri apabila menumbangkan juara 33 kali, Selangor FC 2-1 pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Keputusan terbabit sekali gus menyaksikan Selangor FC kempunan menempah slot ke suku akhir selepas tewas dengan agregat 2-3.
Malah, nasib malang terus menghantui jurulatih baharu Selangor FC, Katsuhito Kinoshi apabila tewas dua aksi berturut-turut selepas turut tumbang 1-2 di tangan Muangthong United pada aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Khamis lalu.
Keputusan ini membolehkan skuad ‘Tok Gajah’ berdepan Perak FC yang menyingkirkan Kelantan Darul Naim (KDN) FC dengan agregat 6-1 pada aksi suku akhir nanti.
Pada aksi terbabit, tuan rumah tampak sedikit mendominasi permainan dan mereka menghantar amaran seawal minit ketiga menerusi percubaan Alvin Fortes yang diselamatkan Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Namun, Sri Pahang FC yang lebih banyak menyerap asakan berjaya mendahului perlawanan dengan percubaan pertama mereka selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23 susulan tindakan Harith Haiqal menolak Mykola Ahapov.
Sepakan penalti diberikan selepas pengadil perlawanan, Mohamad Kamil Zakaria Ismail menyemak semula insiden itu menerusi monitor Video Bantuan Pengadil (VAR) dan ia disempurnakan Manuel Hidalgo untuk gol pertama Sri Pahang FC .
Mohamad Azim Al Amin memastikan gawang Selangor FC tidak bolos kali kedua apabila tangkas menafikan percubaan Hidalgo yang berjaya memecah masuk ke dalam kotak penalti mereka pada minit ke-33.
Bersambung selepas rehat, Selangor FC sempat bergembira seketika pada minit ke-64 selepas Ali Olwan meledak gol penyamaan namun sayangnya jaringan itu dibatalkan susulan ofsaid selepas Mohamad Kamil menyemak semula jaringan itu menggunakan VAR.
Gol penyamaan ‘sebenar’ akhirnya muncul juga pada minit ke-76 selepas Safuwan Baharudin melonjak tinggi untuk menyudahkan hantaran lintang Fortes sekali gus menyamakan agregat 2-2.
Kegembiraan Selangor FC bagaimanapun hanya bertahan lima minit apabila SPFC sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti dan Sergio Aguero tidak mensia-siakan peluang itu untuk meledak gol kemenangan buat Sri Pahang FC
Juara 33 kali Piala Malaysia ‘bungkus awal’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.