Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran ‘Dato’
Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran ‘Dato’
PETALING JAYA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran ‘Dato’ yang tidak wujud, tiga tahun lepas.
Khoo Keik Sing, 50, didakwa menipu Teo Yun Hock, 48, dengan menawarkan untuk membantu mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Dato’ yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM100,000.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya di sini antara 1 Oktober dan 28 Disember 2021, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.
Peguam Tio Poh Heng yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan merupakan Orang Kurang Upaya yang mempunyai masalah pendengaran selain menghidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
“Anak guam saya juga menanggung keluarga iaitu isteri, seorang anak yang masih belajar serta ibu yang uzur,” katanya.
You must be logged in to post a comment.