‘Verstappen sesuai jadi pelawak’ – Norris
‘Verstappen sesuai jadi pelawak’ – Norris
Doha: Lando Norris menyifatkan Max Verstappen ‘sesuai menjadi pelawak’ selepas komen juara dunia empat kali itu yang mendakwa dirinya mampu memenangi kejuaraan dunia lebih mudah jika memandu untuk McLaren.
Pemandu Red Bull itu membuat kenyataan berkenaan selepas menduduki tempat kelima dalam Grand Prix Las Vegas minggu lalu, yang mengesahkan gelaran dunia keempatnya.
“Ya, malah lebih awal. Saya akan lebih jauh di depan,” kata Verstappen ketika ditanya mengenai senario itu.
Apabila perkara itu dikemukakan kepada Norris, pemandu McLaren itu tersenyum.
“Dia patut cuba jadi pelawak atau sesuatu hampir sama. Dia boleh cakap apa sahaja… Sudah tentu saya tidak bersetuju, seperti biasa. Dia hebat, tapi itu tidak benar,” kata Norris.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Verstappen juga berkata dia memenangi gelaran keempatnya pada tahun ketika dia tidak memiliki kereta terpantas.
Namun, hujung minggu ini, McLaren berharap untuk terus mengukuhkan pemburuan kejuaraan pengeluar buat kali pertama selepas 26 tahun dengan kemungkinan memerlukan bantuan Mercedes, yang mencatat kemenangan satu dua di Las Vegas, di mana George Russell menewaskan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.
“Mercedes sangat pantas di sini tahun lalu, jadi mereka semestinya pasukan pilihan hujung minggu ini.
“Red Bull juga bagus, kami juga bagus, jadi saya menjangkakan persaingan yang sengit. Saya harap keadaan mungkin lebih memihak kepada kami berbanding Ferrari, tetapi Ferrari sudah memperbaiki banyak masalah mereka alami tahun lalu.
“Tetapi jika melihat keadaan sekarang, Ferrari dan Mercedes nampaknya dalam momentum yang lebih baik,” kata Norris.
McLaren kini mengumpul 608 mata, mendahului Ferrari di tempat kedua yang meraih 584 mata.
‘Verstappen sesuai jadi pelawak’ – Norris
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.