Bukit Aman tembak mati penjenayah dikehendaki di Seremban 2

Bukit Aman tembak mati penjenayah dikehendaki di Seremban 2

Bukit Aman tembak mati penjenayah dikehendaki di Seremban 2
(Foto kiri) Lokasi seorang suspek yang ditemui mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Persiaran S2/1, Seremban 2, di sini, malam tadi. (Foto kanan) Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof. – Foto NSTP/Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Seorang penjenayah dikehendaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Persiaran S2/1, Seremban 2, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, suspek seorang lelaki warga tempatan dikatakan sempat merempuh sebuah kereta peronda ketika ditahan untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata terdahulu suspek yang berusia 38 tahun terserempak sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman.

“Pasukan berkenaan yang sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah di daerah Seremban terserempak dengan sebuah kereta jenis Mercedes berwarna hitam di lokasi dalam keadaan mencurigakan.

Sejurus merempuh sebuah kereta peronda polis, suspek dikatakan secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan.

“Berlakulah berbalas tembakan sebelum dalam beberapa ketika keadaan kembali tenang dan tidak ada kedengaran bunyi tembakan lagi,” katanya.

Sambung beliau, sejurus kemudian polis membuat pemeriksaan terhadap kereta dipandu suspek dan mendapati seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Polis memanggil bantuan daripada Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) sebelum ambulans tiba dan petugas perubatan mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.

Ahmad Dzaffir berkata, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, menemui sepucuk pistol jenis 9 milimeter jenama Llama bersama dua peluru yang masih hidup di dalam kenderaan.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai sembilan rekod membabitkan enam kes dadah dan tiga rekod jenayah selain satu masih lagi ‘wanted’ bersabit dengan kes di Pulau Pinang,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971. Siasatan lanjut diteruskan untuk kenal pasti pembabitan suspek dalam kes jenayah di Negeri Sembilan,” katanya.

Bukit Aman tembak mati penjenayah dikehendaki di Seremban 2

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker