2 korban banjir di selatan Thailand, ribuan berpindah

2 korban banjir di selatan Thailand, ribuan berpindah

2 korban banjir di selatan Thailand, ribuan berpindah
PENDUDUK meredah banjir keluar dari pasar di Narathiwat, selatan Thailand. FOTO AFP.

Pattani: Banjir di wilayah selatan Thailand dilaporkan telah mengakibatkan kehilangan dua nyawa penduduk tempatan pada Khamis, ekoran rumah mangsa dinaiki air sejak semalam (Rabu), manakala ribuan lagi penduduk terjejas terpaksa dipindahkan.

Gabenor Wilayah Pattani Pateemoh Sadeeyamu berkata, seorang mangsa wanita berusia 42 tahun, yang mempunyai masalah ingatan, ditemukandi kawasan sawah berhampiran rumahnya, manakala seorang mangsa lelaki berusia 26 tahun pula ditemukan di dalam rumahnya.

Pateemoh berkata, 12 daerah di Pattani ditenggelami air akibat limpahan Sungai Pattani dan Saiburi, dengan paras air mencecah sehingga dua meter, iaitu lebih 20,000 keluarga terjejas dan perlu dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat.

Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Totham berkata, 13 daerah di wilayah itu terjejas akibat banjir menyebabkan banyak aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan.

“Saya dimaklumkan seramai 154,535 orang daripada 42,285 keluarga terjejas selepas paras air di tiga sungai utama iaitu Sungai Golok, Sungai Saiburi dan Sungai Bannara, melimpahi tebing sehingga satu meter.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan


“Situasi ini telah menyebabkan 13 daerah, 76 mukim dan 540 kampung ditenggelami air,” katanya.

Di Bangkok, Ketua Polis Diraja Thailand Pol. Gen. Kittharath Punpetch mengarahkan Polis Wilayah 8 dan 9 di Wilayah Selatan Thailand untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan terjejas sehingga keadaan kembali pulih.

Kittharath berkata, pihak Polis Diraja Thailand sedang memantau keadaan banjir dengan teliti bagi memastikan bantuan dapat diberikan dengan segera kepada mangsa yang terjejas.

“Langkah-langkah ini termasuk memastikan keselamatan nyawa dan harta benda, melancarkan aliran trafik di kawasan banjir, serta menangani keperluan pegawai dan fasiliti polis yang turut terkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, semua anggota polis di kawasan terjejas diarahkan untuk memantau keadaan, menasihati orang ramai mengenai laluan alternatif dan membuat rondaan bagi melindungi nyawa serta harta benda.

“Langkah-langkah juga telah diambil untuk mencegah sebarang aktiviti jenayah yang mungkin menyasarkan mangsa banjir,” katanya.

2 korban banjir di selatan Thailand, ribuan berpindah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker