Menyamar polis kejar kenderaan, polis tahan 2 suspek
Menyamar polis kejar kenderaan, polis tahan 2 suspek
Dua lelaki termasuk penjawat awam ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam insiden mengejar sebuah kenderaan awam dengan menyamar sebagai polis, seperti yang tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang berusia 43 dan 48 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai pada 6 petang semalam.
Katanya, penahanan itu dilakukan di sebuah kawasan perumahan di Permas, Kukup, Pontian.
“Seorang suspek adalah penjawat awam. Seorang lagi suspek masih bebas dan sedang dikesan.
“Semakan rekod jenayah lampau mendapati penjawat awam berkenaan tiada rekod, namun suspek kedua mempunyai rekod bersabit kes dadah” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.
Menurutnya, polis turut merampas sehelai baju pantulan cahaya, satu ‘beacon light’ mudah alih, lampu suluh, ‘headlight’ dan sebuah Honda City serta anak kunci.
Katanya, permohonan reman ke atas kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Majistret Kulai pagi tadi dan seorang suspek direman dua hari.
“Permohonan reman ke atas suspek yang juga penjawat awam pula ditolak,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis dan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan barang.
Katanya, polis juga meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.
Semalam, tular satu video dimuat naik oleh seorang pemilik akaun ‘Freeman Gan WT’ di laman Facebook memaparkan dirinya dikejar sebuah kereta yang menyamar sebagai pasukan polis semasa mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui lebuh raya. FMT
Menyamar polis kejar kenderaan, polis tahan 2 suspek
Baca Artikel Menarik:
- Budak 13 tahun buat ‘part time’ pandu lori RORO ditahan
- Linda Rafar pandai mengurut
- Azhar Sulaiman risau Leona jadi macam Aliff Syukri
- KJ yakin UMNO dibawah Zahid akan ‘bungkus’ dalam PRN di 6 negeri
- Annuar Musa ‘serang’ UMNO
- Disangka hilang tengah malam, suami rupanya sidai baju
- Wolverine pupus lebih 100 tahun dilihat di California
- Polis belasah isteri, rosakkan kereta kerana cemburu
- Khairy Jamaluddin rancang tubuh parti baharu
- Menyamar polis kejar kenderaan, PDRM buru 3 lelaki
- Dulu Zul kini bakal bergelar Haji Zul
- Netizen minta rahsia ketiak putih Yasmin Hani
- Wanita bertudung, pakai ‘mask’ ragut rantai anak di Jom Heboh [VIDEO]
- Kejam! Kucing mati dijerut dawai, digantung pada bingkai tingkap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai
Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]
Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu
Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara
You must be logged in to post a comment.