Pemain muda teruja kehadiran Jonassen

Pemain muda teruja kehadiran Jonassen

Pemain muda teruja kehadiran Jonassen
Pemain muda Eogene Ewe

Kuala Lumpur: Kehadiran ketua jurulatih baharu perseorangan negara, Kenneth Jonassen, mencetuskan semangat baharu dalam kalangan pemain perseorangan lelaki dan wanita negara, di mana mereka teruja untuk berguru dengan pengendali berpengalaman dari Denmark itu.

Bagi pemain muda Eogene Ewe, walaupun belum mengenali Jonassen secara dekat, dia percaya sentuhan jurulatih yang pernah membimbing juara Olimpik dua kali, Viktor Axelsen, mampu membawa perubahan besar dalam kariernya.

“Saya sebenarnya tidak begitu mengenali beliau secara peribadi, tetapi tahu beliau pernah menjadi ketua jurulatih Denmark. Apabila dapat tahu jurulatih dari Eropah datang, saya rasa sangat gembira. Budaya mereka berbeza, dan jika kita gabungkan dengan cara Asia, saya yakin kita boleh capai peningkatan,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.



Eogene juga mendedahkan Jonassen memintanya memberi perhatian lebih kepada pergerakan kaki, yang dianggap sebagai kunci untuk memperbaiki prestasi di gelanggang.

“Saya percaya dia mampu membantu saya mencapai sasaran untuk berada dalam kelompok 64 terbaik dunia tahun depan,” tambahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan




Pemain perseorangan wanita, Siti Zulaikha Azmi, turut menyatakan rasa teruja untuk menimba ilmu daripada Jonassen, sambil mengakui kehadiran jurulatih itu memberi harapan baharu kepada bahagian perseorangan negara.

“Saya sangat teruja dapat jurulatih dari Denmark. Saya harap dapat belajar banyak perkara baharu dan tingkatkan lagi permainan saya,” katanya.

Sabtu lalu, Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V Subramaniam, mengumumkan pelantikan Jonassen sebagai ketua jurulatih perseorangan negara dengan kontrak selama empat tahun sehingga 2028.



Jonassen akan memulakan tugas secara rasmi pada 4 Januari tahun hadapan, dan pemain negara kini bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman serta kepakaran jurulatih berusia 49 tahun itu.

Pemain muda teruja kehadiran Jonassen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS



 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker