7 ditahan culik remaja perempuan 15 tahun

7 ditahan culik remaja perempuan 15 tahun

7 ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Foto hiasan

SHAH ALAM: Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kesemua remaja termasuk dua perempuan berusia 15 hingga 19 tahun itu ditahan di Shah Alam dan Kuala Lumpur pada 18 dan 19 November lalu.

Beliau berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 47 tahun yang memaklumkan anak perempuannya keluar dari rumah pada jam 4 petang, 16 November dan tidak pulang sehingga 6.30 petang.

Katanya, pengadu memberitahu, dia menerima pesanan suara daripada nombor anaknya yang memintanya mengambil remaja itu di kawasan Subang dan turut menghantar lokasi kedudukan.

“Menerusi pesanan suara itu, mangsa dipercayai sedang bertengkar dengan seorang lelaki. Apabila pengadu ke lokasi yang diberikan, mangsa tiada di situ.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan


“Pengadu kemudian menerima pesanan yang memaklumkan mangsa akan dilepaskan di kawasan Kuala Lumpur. Apabila pengadu menyatakan akan membuat laporan polis, suspek bertindak mengugut untuk menjual mangsa serta meminta wang ganti rugi jika mahu mangsa dipulangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuat serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, dekat sini pada jam 11 malam, 18 November lalu dan menemui mangsa dalam keadaan selamat.

Katanya, menerusi serbuan itu, polis menahan lima remaja termasuk dua perempuan berusia 15 hingga 19 tahun.

“Melalui tangkapan pertama, kira-kira jam 1.10 pagi pada 19 November, polis menangkap dua lagi remaja lelaki berusia 16 dan 18 tahun di perkarangan sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.

“Kesemua tangkapan tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hoong Fong berkata, kesemua suspek masing-masing direman sehari dan empat hari sehingga 22 November.

“Polis turut menyeru agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini untuk menghubungi talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya.

7 ditahan culik remaja perempuan 15 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker