Tiga beranak maut kereta bertembung pikap

Tiga beranak maut kereta bertembung pikap

Tiga beranak maut kereta bertembung pikap
Ahli keluarga mangsa nahas ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Setiu. – Foto NSTP/Ghazali Kori

SETIU: Tiga beranak maut, seorang lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pikap di Kilometer 53, Kampung Sungai Lerek, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu – Kota Bharu di sini jam 4.50 pagi tadi.

Mangsa maut membabitkan pemandu Perodua Axia, Nur Ardiena Kamarudin, 30, beralamat Jalan Telipot, Kota Bharu serta kedua ibu bapanya yang juga penumpang hadapan, Kamarudin Ibrahim, 55, serta penumpang belakang, Maimumah Mat Isa, 54.

Nur Ardiena dan Maimunah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Kamarudin meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Setiu.



Seorang lagi penumpang belakang Perodua Axia, Nur Azwa Shamimi Kamarudin, 21, parah pada bahagian paha sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata mangsa sekeluarga yang menaiki Perodua Axia dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala Kota Bharu, Kelantan manakala pikap Toyota Hilux dalam perjalanan dari Tunjong, Kota Bharu, Kelantan menghala ke Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna




Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu pikap hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat,” katanya.

Mohd Zain berkata, pemandu pikap berusia 24 tahun cedera pada kedua-dua belah kaki dan bahu kiri sementara penumpang hadapan berusia 18 tahun cedera pada kedua-dua lutut dan bahu kiri.



Katanya, dua mangsa yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Setiu manakala penumpang belakang Axia dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiga beranak maut kereta bertembung pikap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker