Lelaki disangka mati, tersedar sebelum dibakar
Lelaki disangka mati, tersedar sebelum dibakar
Jaipur, India: Seorang lelaki India tersedar di atas tempat pembakaran mayat beberapa saat sebelum api dinyalakan, selepas seorang doktor tidak menjalankan bedah siasat yang sepatutnya, kata pegawai perubatan pada Sabtu.
Rohitash Kumar, 25, yang mengalami masalah pertuturan dan pendengaran, jatuh sakit dan dibawa ke sebuah hospital di Jhunjhunu, negeri Rajasthan, India barat, pada Khamis.
Media India melaporkan bahawa beliau mengalami sawan epilepsi, dan seorang doktor mengisytiharkannya meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Namun, tiada bedah siasat yang dijalankan untuk menentukan punca kematian, doktor terus menghantar jenazahnya ke bilik mayat, sebelum dibawa untuk dibakar mengikut adat Hindu.
Ketua pegawai perubatan hospital itu, D Singh memberitahu AFP bahawa seorang doktor menyediakan laporan bedah siasat tanpa benar-benar menjalankan bedah siasat, dan mayat tersebut kemudian dihantar untuk pembakaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Singh berkata, beberapa saat sebelum api dinyalakan, tubuh Rohitash mula bergerak, menambah bahawa lelaki itu masih hidup dan sedang bernafas.
“Kumar segera dikejarkan ke hospital untuk kali kedua, tetapi disahkan meninggal dunia pada Jumaat ketika menerima rawatan.
“Pihak berkuasa telah menggantung perkhidmatan tiga doktor dan polis sedang menjalankan siasatan,” katanya.
Lelaki disangka mati, tersedar sebelum dibakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.