Air pancut purba Kestros berfungsi kembali selepas 1,800 tahun

Air pancut purba Kestros berfungsi kembali selepas 1,800 tahun

Air pancut purba Kestros berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
TURKIYE kaya dengan bangunan bersejarah dan tapak purba. FOTO AFP.

Antalya, Turkiye: Air pancut purba Kestros yang dibina pada abad kedua semasa pemerintahan Maharaja Hadrian Rom, kembali mengalir selepas 1,800 tahun setelah menjalani pemulihan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pemulihan air pancut Kestros yang terletak di Perge, sebuah kota bersejarah berhampiran Antalya, bandar peranginan terkenal di Turkiye, bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.

Kini, air kembali mengalir daripada air pancut itu, yang asalnya mendapat bekalan daripada Sungai Kestros, kini dikenali sebagai anak Sungai Aksu, melalui sistem terusan yang rumit.

Timbalan Ketua Ekskavasi Perge Aytac Donmez berkata air daripada air pancut air itu mengalir melalui saluran sepanjang 700 meter yang menuju ke sebuah kolam.

Beliau berkata, setakat ini, hanya 100 meter pertama yang telah dipulihkan dengan perancangan untuk melaksanakan pembinaan semula dan pemuliharaan secara menyeluruh.
“Kami berhasrat melengkapkan pemulihan secara holistik dan mempamerkan keajaiban ini sepenuhnya,” kata Donmez.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Air pancut ini dihiasi dengan patung berbaring yang melambangkan dewa sungai purba, Kestros dan dijangka menarik lebih ramai pelancong sekali gus meningkatkan kepentingan budaya di wilayah itu.

Dikenali sebagai satu daripada bandar Rom yang paling teratur di Anatolia dan terkenal dengan ukiran marmarnya, Perge pernah menjadi ibu kota wilayah Pamphylia.

Ekskavasi di tapak itu telah dijalankan sejak 1946 dan telah menemui pelbagai struktur monumental seperti menara, teater, stadium, tempat mandi, dan jalan-jalan dengan deretan tiang.

Kota purba itu telah disenaraikan dalam Senarai Tentatif Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 2009.

Air pancut purba Kestros berfungsi kembali selepas 1,800 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker