8 maut MPV bertembung 4WD
8 maut MPV bertembung 4WD
Sarikei: Lelaki tempatan antara lapan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Lebuhraya Pan-Borneo Sarikei-Sibu, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kesemua mangsa yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 3.40 petang.
Menurutnya, sebaik tiba didapati ada mangsa yang masih tersepit dalam kenderaan.
“Dua daripada mangsa yang menaiki Perodua Alza dilaporkan tercampak dari kenderaan yang dinaiki.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?
“Sementara dua lagi mangsa yang menaiki 4WD dilaporkan cedera dan dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam dan diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan,” katanya.
Menurutnya, pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.
Katanya, kesemua mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada jam 5.50 petang.
8 maut MPV bertembung 4WD
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET