Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh jadi mangsa eksploitasi seks
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh jadi mangsa eksploitasi seks
KUALA LUMPUR: Dua wanita warga Bangladesh yang dipercayai menjadi mangsa ekploitasi seks di negara ini, diselamatkan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen (Imigresen) di ibu negara, semalam.
Imigresen dalam kenyataan, hari ini berkata kedua-dua mangsa yang berusia 30 dan 34 tahun itu dipercayai dieksploitasi sebagai pekerja seks sejak sebulan lalu.
Katanya, kedua-dua mangsa diselamatkan dalam operasi khas selepas Imigresen menerima maklumat berkaitan kewujudan sebuah lokasi di ibu negara yang dijadikan pusat aktiviti seks.
“Operasi bermula pada jam 2.38 petang membabitkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
“Berdasarkan maklumat, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 36 tahun yang dipercayai sebagai ‘dalang utama’ dan menjadikan lokasi tersebut sebagai pusat aktiviti seks,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Tambah kenyataan itu, dalam serbuan itu, pasukan operasi turut menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 30 dan 39 tahun yang dipercayai sebagai ahli sindiket.
Selain itu, pasukan serbuan menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 50 tahun yang juga pelanggan.
“Modus operandi sindiket adalah dengan membawa masuk wanita warganegara asing terutamanya daripada Bangladesh dan menjanjikan pekerjaan di Malaysia dengan bayaran gaji sebanyak RM2,000 sebulan.
“Wanita warga asing yang baru tiba akan dibawa ke lokasi yang dijadikan tempat tinggal dan kemudian akan dibawa ke lokasi lain untuk menjalankan aktiviti seks.
“Mangsa dipaksa untuk bekerja dari pagi hingga ke tengah malam dengan melayani pelanggan warga asing yang diuruskan oleh sindiket,” katanya.
Tambahnya, mangsa tidak menerima sebarang bayaran dan hanya disediakan makan dan minum sahaja.
“Operasi ini turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.
“Jabatan akan meneruskan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (AKTA 670),” katanya.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh jadi mangsa eksploitasi seks
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET