Harimau Malaya benam Laos

Harimau Malaya benam Laos

Harimau Malaya benam Laos
PENYERANG negara, Syafiq Ahmad (kiri) dicabar dua pemain Laos. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya mengotakan janji apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas Laos dalam aksi persahabatan Tier 1 Bangkok malam tadi, namun adakah ia kemenangan yang benar-benar puas buat pasukan negara.

Berdasarkan persembahan yang diperagakan sepanjang 90 minit permainan di Stadium PAT itu, terlalu banyak kesilapan dilihat khususnya dalam aspek hantaran selain tahap keserasian yang longgar antara pemain.

Lantas, tugas berat menanti pengendali negara, Pau Marti Vicente yang perlu segera memperbaiki segala kelemahan itu sebelum turun sekali lagi berdepan lawan menghuni ranking lebih tinggi iaitu India di Hyderabad, Isnin ini.



Dalam aksi di Bangkok itu, hujan lebat sebelum perlawanan menyaksikan keadaan padang agak becak sekali gus mengganggu rentak kedua-dua pasukan.

Begitupun, Malaysia yang menghuni tangga 133 dunia tidak menunggu lama apabila mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan Harith Haiqal yang menyambut sepakan sudut Arif Aiman Hanapi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia




Laos yang menduduki ranking ke-187 dunia bagaimanapun tidak menyerah kalah apabila memperkemaskan aksi dan berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit 33 hasil sentuhan Kydavone Souvanny.

Bersambung babak kedua, pasukan negara memiliki sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik untuk menambah gol namun dua percubaan Safawi Rasid masing-masing di minit 49 dan 52 tidak tepat ke sasaran.

Percaturan memasukkan Stuart Wilkin pada pertengahan babak kedua membuahkan hasil apabila pemain tengah itu hanya memerlukan 30 saat sebaik masuk ke padang apabila dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan lawan.

Pemain Sabah FC itu sendiri mengambil sepakan itu dan berjaya menewaskan penjaga gol Laos pada minit ke-64 yang juga gol peribadi keempatnya buat skuad negara di pentas antarabangsa.



Gawang negara nyaris bocor buat kali kedua pada minit ke-77 namun Syihan Hazmi sempat menolak bola sepakan gol oleh penjaga gawang Laos yang hampir mengejutkan kem negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Dihujung permainan, pasukan negara sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti dan kali ini Sergio Aguero mudah menyempurnakan untuk gol ketiga.



Harimau Malaya benam Laos

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker