Duta AS di Kenya letak jawatan selepas kemenangan Trump
Duta AS di Kenya letak jawatan selepas kemenangan Trump
Nairobi (Kenya): Beberapa hari selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), duta besar negara itu ke Kenya telah meletakkan jawatannya, lapor Agensi Anadolu.
“Pada hari ini, saya mengumumkan kepada pasukan saya di Kedutaan AS bahawa saya telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presiden Joe Biden.
“Merupakan satu penghormatan dan keistimewaan untuk berkhidmat kepada rakyat Amerika dengan mengukuhkan kerjasama kami dengan Kenya,” kata Meg Whitman dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengimbas kembali tempoh perkhidmatannya yang bermula pada 2022, Whitman bercakap tentang usahanya dalam memperkukuh kerjasama perdagangan, keselamatan dan kesihatan antara Kenya dan AS
“Usaha saya juga membuka pintu bagi lebih banyak syarikat Amerika untuk menjalankan perniagaan di Kenya. Perdagangan, pekerjaan dan pelaburan AS di Kenya berada pada tahap tertinggi dalam sejarah kerana usaha kami,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Beliau juga menekankan peranan penting Kenya sebagai sekutu utama bukan-NATO pertama di Afrika Sub-Sahara, satu pencapaian besar yang tercapai sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Seperti semua duta besar AS, saya berkhidmat atas permintaan Presiden. Rakyat Amerika telah bersuara dan presiden baharu akan dilantik pada Januari,” tambahnya.
Whitman juga menyatakan keyakinannya terhadap kekuatan hubungan AS-Kenya yang berterusan, dengan mengatakan:
“Saya yakin bahawa kerjasama selama 60 tahun ini akan terus diperkukuhkan dan memberi manfaat kepada rakyat Amerika dan Kenya.”
Sepanjang ketiadaan Whitman, Marc Dillard akan bertindak sebagai kuasa usaha Kedutaan AS semasa peralihan kepimpinan kepada pentadbiran yang akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Hubungan AS dengan Afrika Sub-Sahara dikatakan terabai semasa pentadbiran pertama Trump, menurut beberapa penganalisis, dalam tahun-tahun yang turut dicalarkan dengan kebocoran kenyataan berbaur perkauman yang dilaporkan daripada Trump, tetapi dinafikan oleh pentadbirannya.
Duta AS di Kenya letak jawatan selepas kemenangan Trump
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET