Master fengshui ditangkap tipu orang ramai hingga RM12.8 juta, rusa turut ditemui

Master fengshui ditangkap tipu orang ramai hingga RM12.8 juta, rusa turut ditemui

Master fengshui ditangkap tipu orang ramai hingga RM12.8 juta, rusa turut ditemui
PEGAWAI CIB memeriksa rusa yang dipelihara tanpa kebenaran di rumah ‘fengshui master di daerah San Sai, Chiang Mai. FOTO Agensi/Polis

Chiang Mai: Polis menemui seekor rusa spesis dilindungi yang tidak didaftarkan di rumah perunding fengshui yang ditangkap kerana didakwa menipu orang ramai sehingga kerugian lebih 100 juta baht (RM12.8 juta).

Bangkokpost melaporkan, Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat (CIB) Pol Lt Gen Jirabhop Bhuridej berkata, polis menggeledah rumah Thanawan Jiracharoenwes di Kampung Pa Phai, daerah San Sai, dan menemui seekor rusa jantan dewasa dalam kandang berpagar.

Tiada simbol atau dokumen yang menunjukkan beliau mempunyai kebenaran untuk memelihara haiwan itu daripada Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemeliharaan Tumbuhan.



Pemilikan rusa berkenaan tanpa kebenaran melanggar Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar, kata ketua CIB.

Pembantu rumah, Sanan Banjong, 83 tahun, berkata mereka memiliki lebih banyak haiwan sebelum ini, tetapi sudah dipindahkan selepas ada aduan daripada jiran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?




 

Thanawan, 43 tahun, yang mempunyai ratusan ribu pengikut di media sosial, ditangkap di rumahnya di wilayah Pathum Thani pada Isnin kerana didakwa melakukan penipuan awam.

Kira-kira 70 individu membuat aduan mereka kehilangan kira-kira 108 juta baht (RM13.8 juta) secara keseluruhan selepas master fengshui itu meyakinkan mereka untuk membeli ‘barangan bertuah’ daripadanya.

Bagaimanapun, barangan yang dipesan itu tidak dihantar.



Master fengshui ditangkap tipu orang ramai hingga RM12.8 juta, rusa turut ditemui

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker