Kanak-kanak cedera disyaki didera rakan ibu mangsa

Kanak-kanak cedera disyaki didera rakan ibu mangsa

Kanak-kanak cedera disyaki didera rakan ibu mangsa
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar. – Foto fail NSTP/Hairul Anuar Rahim

PETALING JAYA: Polis daerah ini sedang mencari seorang wanita tempatan yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun minggu lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika kanak-kanak itu berada dalam jagaan wanita terbabit di Flat Desaria, Taman Desaria, di sini, selepas ibunya berada dalam tahanan polis berkaitan kes dadah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata suspek adalah kenalan kepada ibu mangsa yang menjaga kanak-kanak itu sepanjang beliau berada dalam tahanan.



“Ibu mangsa telah ditahan atas kesalahan dadah pada 18 September lalu sebelum dijamin oleh bapanya pada 6 November lalu.

“Ketika ibu mangsa mengambil kanak-kanak terbabit selepas dibebaskan, dia mendapati terdapat kecederaan pada bahagian mata, tangan kiri dan kanak serta luka pada punggung,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib




Shahrulnizam berkata ketika ibu mangsa bertanya tentang kecederaan yang dialami anaknya, suspek mendakwa kanak-kanak itu terkena mercun.

“Ibu mangsa kemudian membawa anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum doktor yang merawat membuat laporan polis pada 8 November lalu.

“Satu kertas siasatan sudah dibuka berhubung laporan ini dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ditalian 03-79662222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat iaitu Inspektor R Daamotaran Naidu ditalian 019-6551269.



Kanak-kanak cedera disyaki didera rakan ibu mangsa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker