Difitnah Sudah Berkahwin Dengan Zul Ariffin
Ruhainies Terhibur Dengan Berita Yang Tersebar!
Difitnah Sudah Berkahwin Dengan Zul Ariffin, Ruhainies Terhibur Dengan Berita Yang Tersebar!
Satu hantaran di Instastory milik pelakon Ruhainies menjadi perhatian warga net.
Berkongsikan Paparan Skrin Portal
Dalam hantaran tersebut, Ruhainies berkongsikan paparan skrin status yang dimuat naik oleh sebuah portal berita yang menyebarkan cerita palsu berkaitan dengan dirinya.
Menerusi status di portal tersebut mendakwa Ruhainies sudah berkahwin dengan pelakon filem Don Dukun iaitu Zul Ariffin.
Terbongkar Akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya…!
Mohon Netizen Tidak Terpedaya
Bagaimanapun Ruhainies menerusi Instastory menasihati netizen agar tidak terpedaya dengan portal berita tersebut yang membuat fitnah semata-mata untuk melariskan jualan di platform media sosial.
Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biar mereka-mereka yang tak bertanggungjawab ini gula-gulakan korang okay.
Saya tahu korang lebih bijak. Terlalu banyak tajuk palsu dibuat, tekan-tekan link Shopee.
Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya.
Saya tak marah tau, cuma saya rasa lucu dan terhibur. Terima kasih.
Ruhainies mengakui dia turut terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh portal berita tersebut.
Amboi macam mana awak tahu ni? Saya pun tak tahu. Terima kasih untuk info.
Tidak terus melenting dengan hal itu, Ruhainies memberikan respons sarkastik memberitahu dia juga belum tahu tentang berita pernikahan itu.
Difitnah Sudah Berkahwin Dengan Zul Ariffin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib