Gelagat Bodyguard Siti Nurhaliza Tanya ‘Mahu Makan Apa’ [VIDEO]

“Takut Boss Lapar”

Gelagat Bodyguard Siti Nurhaliza Tanya ‘Mahu Makan Apa’ [VIDEO]

Gelagat Bodyguard Siti Nurhaliza Tanya ‘Mahu Makan Apa’ [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Masuk-Masuk Tanya Makang, Kita Nak Cerita Pasal Ketuat Ni Hok Aloh”-Tokti

Baru-baru ini. tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafantastic yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 34 ribu, tanda suka sebanyak 552 dan sebanyak 12 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang membuat live, kemudian ditanya ‘mahu makan apa’ oleh bodyguard nya yang lebih mesra dengan panggilan Mimi.

@sitinurhalizafantastic

Hok Aloh 😂 DS @Siti Nurhaliza 😂 #love #live #malaysia #fypppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #trendingviralvideo #loveyouall💕 #trendingvideo2024💯💯💯✅ #trendingviralvideo💝 #trendingvideo2024♥️♥️fyp

♬ original sound – SitiNurhalizaFans – SitiNurhalizaFans

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa loghat Tokti apabila bersembang dengan Mimi telah bercampur Terengganu dengan Pahang. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti juga pandai membuat lucu secara tidak sengaja apabila bersama dengan bodyguard nya itu.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker