Arif Aiman, Tommy patut dapat kad merah – Tunku Mahkota Ismail
Arif Aiman, Tommy patut dapat kad merah – Tunku Mahkota Ismail
Kuala Lumpur: Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menegaskan pengadil sepatutnya melayangkan kad merah kepada pemainnya, Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada selepas didapati bergaduh pada pertembungan dua pasukan itu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.
Malah, Tunku Mahkota Ismail berpandangan Perak FC sepatutnya diberikan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan pertahanan, Feroz Baharudin ke atas pemain Perak FC, Clayton Silveira pada minit ke-37.
“Ref patut red card untuk dua-dua players bergaduh. Feroz 50/50 challenge saya tak tahu. But kalau saya ref bagi aja penalty pada Perak.
“Apa-apa keputusan kita terima,” kata Tunku Mahkota Ismail ketika dihubungi menerusi mesej peribadi (DM) di laman Instagramnya.
Terdahulu, kegagalan pengadil, Razlan Joffri Ali melayangkan kad merah kepada Arif Aiman selepas dilihat menumbuk Tommy mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan penyokong khususnya di laman media sosial.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Majoriti penyokong bola sepak berpendapat pemain sayap kebangsaan itu seharusnya menerima kad merah kerana menumbuk pemain lawan sememangnya adalah kesalahan kad merah atas tindakan ganas berdasarkan peruntukan dalam Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB).
Bukan sahaja insiden membabitkan Arif Aiman malah penyokong turut mempersoalkan dua lagi insiden yang tercetus pada pertembungan di SSI di mana Perak FC turun selaku pasukan tuan rumah.
Perak FC tidak dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-37 meskipun pertahanan JDT, Feroz Baharudin mengasari Clayton Silveira ketika perebutan bola dan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan tiada sepakan penalti.
Namun berbeza buat JDT apabila kekasaran dilakukan pertahanan Perak FC ke atas Bergson di hujung babak pertama menyaksikan mereka dihadiahkan sepakan penalti oleh VAR dan ia mudah disempurnakan Bergson untuk kedudukan 4-0 buat Harimau Selatan.
JDT menang besar 5-0 pada aksi yang tertunda dua kali kerana faktor cuaca dengan Perak memilih untuk beraksi di Iskandar Puteri.
Arif Aiman, Tommy patut dapat kad merah – Tunku Mahkota Ismail
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib