Cedera Konate tak serius, sedia bantu Liverpool buru kemenangan

Cedera Konate tak serius, sedia bantu Liverpool buru kemenangan

Cedera Konate tak serius, sedia bantu Liverpool buru kemenangan
KONATE terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan di tangan. -FOTO AFP

London: Pertahanan tengah Liverpool, Ibrahima Konate, mengatakan bahawa kecederaan lengan yang dialaminya semasa perlawanan menentang Brighton & Hove Albion Ahad lalu tidak seteruk yang disangka dan dia kini bersedia untuk perlawanan seterusnya bersama pasukan pendahulu Liga Perdana itu.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 25 tahun itu digantikan oleh Joe Gomez selepas terpaksa dikeluarkan pada waktu rehat semasa perlawanan di Anfield, di mana Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1.

“Kecederaan saya tidak serius, syukur. Saya menjalani imbasan hari ini dan ia mengesahkan tiada patah.



“Saya akan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” tulis Konate di Instagram semalam.

Pasukan Arne Slot perlu mengelak kehilangan lebih ramai pemain akibat kecederaan dengan penjaga gol pilihan pertama Alisson Becker, bek kanan Conor Bradley, pemain tengah Harvey Elliott, penyerang Diogo Jota dan Federico Chiesa semuanya tidak dapat beraksi hujung minggu ini.

Liverpool seterusnya akan menentang Bayer Leverkusen di Liga Juara-Juara pada esok diikuti dengan satu lagi perlawanan di tempat sendiri menentang Aston Villa dalam liga pada hari Sabtu.

Cedera Konate tak serius, sedia bantu Liverpool buru kemenangan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker