Ketua jurulatih Korea, tekad lindungi Heung-min

Ketua jurulatih Korea, tekad lindungi Heung-min

Ketua jurulatih Korea, tekad lindungi Heung-min
HEUNG-MIN sebelum ini bergelut dengan kecederaan hamstring dikeluarkan pada minit ke-60 ketika Spurs catat kemenangan ke atas Villa. -FOTO AFP

Seoul: Son Heung-min disenaraikan dalam skuad Korea Selatan untuk aksi kelayakan Piala Dunia bulan ini, dengan jurulatih Hong Myung-bo berjanji akan “melindungi kesihatannya.”

Kapten Spurs dan Korea Selatan itu terlepas aksi beberapa minggu kebelakangan ini kerana masalah hamstring dan dia tidak beraksi penuh ketika Tottenham menang 4-1 ke atas Aston Villa awal pagi tadi.

Pengendali Spurs, Ange Postecoglou, berkata keputusan untuk menggantikan pemain berusia 32 tahun itu sebelum minit ke-60 adalah langkah berjaga-jaga.



Son tidak beraksi bersama Korea Selatan dalam kelayakan Piala Dunia bulan lalu tetapi disenaraikan dalam skuad Hong untuk perlawanan yang akan datang menentang Kuwait dan Palestin.

“Kami akan melihat berapa banyak masa dia bermain dalam dua perlawanan seterusnya (untuk Spurs) dan itu akan menjadi sebahagian daripada persiapan kami untuk dua perlawanan November ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?




“Saya tidak rasa adalah wajar untuk kami memaksa dia bermain dalam pasukan kebangsaan hanya kerana dia kembali beraksi untuk kelabnya,” kata Hong.

Hong menambah: “Saya memahami dia ingin bermain untuk pasukan kebangsaan, tetapi yang paling penting, kami perlu melindungi kesihatannya.”

Korea Selatan berada di landasan untuk layak ke Piala Dunia 2026, menduduki tangga teratas kumpulan mereka dalam pusingan kelayakan zon Asia dengan tiga kemenangan dan satu seri.

Ketua jurulatih Korea, tekad lindungi Heung-min

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker