Pengurus syarikat rugi RM527,116 terpedaya pelaburan tak wujud
Pengurus syarikat rugi RM527,116 terpedaya pelaburan tak wujud
KULAI: Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM520,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud yang disertainya pada bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun, kelmarin, yang mendakwa mengalami kerugian akibat ditipu sindiket terbabit yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.
“Suspek mendakwa wang keuntungan pelaburan yang dibuat mangsa akan dimasukkan dalam akaun aplikasi P Trade milik mangsa secara dalam talian.
“Disebabkan tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa membuat 18 kali transaksi pembayaran berjumlah RM527,116 ke dalam tiga akaun bank tempatan bermula 19 September lalu hingga 25 Oktober lalu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Seng Lee berkata, mangsa pada mulanya membuat semakan pada akaun P Trade miliknya secara dalam talian dan mendapati keuntungan diperoleh sebanyak 3.251 juta Yuan iaitu kira-kira RM2 juta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Bagaimanapun, katanya, apabila mangsa cuba membuat pengeluaran wang dalam akaun P Trade miliknya itu, transaksi berkenaan tidak berjaya.
“Sebaliknya, suspek masih meminta mangsa membuat bayaran tambahan berjumlah RM239,116 bagi mendapatkan pulangan terbabit,” katanya.
Seng Lee berkata, mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dalam pelaburan saham tidak wujud.
Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi pada masa singkat.
Pengurus syarikat rugi RM527,116 terpedaya pelaburan tak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET