39 kematian direkodkan sepanjang dua hari lalu
39 kematian direkodkan sepanjang dua hari lalu
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,268 kemalangan jalan raya dan 39 kematian di seluruh negara direkodkan sepanjang tempoh dua hari lalu termasuk ketika sambutan Deepavali.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, statistik itu turut merekodkan 38 kemalangan maut.
Katanya, mengikut pecahan sebanyak 1,882 kes kemalangan, 15 kemalangan maut dan 16 kematian direkodkan pada Rabu, manakala 1,386 kes, 23 kemalangan maut dan 23 kematian semalam.
“Pecahan jumlah kematian bagi tempoh dua hari itu melibatkan motosikal sebanyak 32, kereta (4), lori (1), basikal (1) dan kenderaan pelbagai guna (1),” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Yusri berkata, secara rumusannya dalam tempoh dua hari itu, kemalangan harian menurun sebanyak 496 kes, namun berlaku peningkatan kemalangan maut iaitu 23 kes.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Katanya, jumlah kematian juga meningkat sebanyak tujuh orang.
“JSPT menyarankan kepada semua pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada di tahap terbaik serta mematuhi segala peraturan dengan bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan pengguna kenderaan lain.
“JSPT menyeru semua pengguna jalan raya merancang
pergerakan terutama perjalanan yang jauh.
“Peka dengan persekitaran sekeliling dan maklumat semasa disampaikan daripada pihak agensi kerajaan juga konsesi lebuh raya,”katanya.
39 kematian direkodkan sepanjang dua hari lalu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.