Selepas enam hari, operasi padam api di pusat kitar semula tamat
Selepas enam hari, operasi padam api di pusat kitar semula tamat
KOTA BHARU: Selepas enam hari bertungkus lumus memadamkan kebakaran di pusat pengumpulan bahan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini, operasi pemadaman akhirnya tamat hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, operasi pemadaman secara rasmi dihentikan jam 5.04 petang tadi.
“Untuk hari ini, kerja ‘overhaul’ dijalankan dan semburan air hanya membabitkan tempat yang masih berasap saja dan jam 5.04 petang ini, secara rasminya operasi ditamatkan.
“Selama enam hari, lebih 60 anggota bomba dari tiga BBP bertungkus lumus memadamkan api dan untuk hari terakhir ini, hanya 14 anggota saja terbabit.
“Dengan bantuan bekalan air dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) serta dua jengkaut yang disediakan pemilik tapak berkenaan, ia sangat membantu melancarkan operasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, lokasi seluas 0.68 hektar itu terbakar membabitkan hampir 10,000 tan barang kitar semula yang disusun mencecah lima meter tinggi.
Alam Nasut berkata, dia dimaklumkan oleh majikan pusat pengumpulan bahan kitar semula itu, premis terbabit akan dibuka semula esok dengan kerja pembersihan bakal dibuat.
Difahamkan premis itu mempunyai lesen sementara yang diperoleh pada Mei lalu dan jangka masa operasi adalah selama setahun.
Selepas enam hari, operasi padam api di pusat kitar semula tamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?