Astaf bakal anjur ASL bermula tahun depan

Astaf bakal anjur ASL bermula tahun depan

Astaf bakal anjur ASL bermula tahun depan
ABDUL Kadir (kiri) dan Sumali menjawab soalan pada sidang media, haari ini. FOTO NABILA ADLINA AZAHARI

Kuala Lumpur: Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) bakal mengadakan Liga Sepaktakraw Asia (ASL) bermula seawal tahun hadapan di Malaysia bagi memastikan sukan berkenaan terus berada di tahap tertinggi.

Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader berkata, bagi saingan ASL nanti, beberapa perkara sudah dirancang dalam usaha menjadikan saingan liga membabitkan kelab dari negara Asia itu mampu mencetuskan liga terbaik dalam sukan berkenaan.

Justeru, katanya, pelbagai perkara harus dilihat agar apabila ia dilaksanakan nanti, perjalanan liga itu mampu bertahan dalam tempoh panjang.

“ASL ini adalah satu penjenamaan baharu apabila kami berfikir bersama (Persatuan Sepaktakraw Malaysia).

“Kita sedang melihat sedalam-dalamnya bagaimana ia akan jadi jenama baharu di Malaysia dan dikembangkan secara teratur bermula tahun hadapan sehingga satu tempoh yang lama iaitu lapan hingga 10 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia


“Siri Super Istaf (Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa) sudah berjalan selama lima tahun dengan jayanya kemudian diikuti Liga Sepaktakraw (STL).

“Tetapi, untuk memastikan sukan sepak takraw terus bergerak, kita perlu penjenamaan (sesuatu nama baharu),” katanya dalam sidang media Astaf dan PSM, hari ini.

Selain itu, beliau akan melihat sekiranya ASL itu mendapat sambutan positif, kemungkinan besar ia akan memperluaskan lagi liga berkenaan ke negara lain pula.

Sementara itu, Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, pihaknya dan Astaf sudah mencapai kata sepakat iaitu Malaysia akan bertindak selaku tuan rumah bagi Piala Asia 2025 yang diperkenalkan buat julung kalinya pada 10 hingga 18 Mei tahun depan.

Beliau berkata, kejohanan itu bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa dan sebanyak empat acara dipertandingkan iaitu berpasukan, regu, beregu dan kuadran.

Astaf bakal anjur ASL bermula tahun depan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker