Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib

Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib

Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib

 

DS Anwar IbrahimĀ menyelar pihak yang mempertikai penerimaan maaf terhadap DS Najib.

Ada pihak tertentu mempersoalkan kewajaran penerimaan maaf dan mahu beliau menyatakan maaf itu tidak diterima.



Anwar juga berkata, keputusan berhubung pengampunan DS Najib seharusnya terserah kepada pihak Lembaga Pengampunan dan YDP Agong.

“Ada mek mek dua tiga orang ini umpamanya.”

“Bila saya sebut berhubung kes baru-baru ini apabila Datuk Seri Najib buat kenyataan meminta maaf atas apa yang berlaku dalam 1MDB dan sebagainya, uuiish dia marah.”

“Bebal tak tentu arah, terus nak marah.”



“Orang minta maaf pada kita, takkan hendak kata aku tak terima.”

“Ini apa perangai, manusia apa ini?”.

“Saya perdana menteri, saya bapa pada negara.”

Bila orang cakap macam itu (mohon maaf) saya nak buat apa?”.



“Saya kata kita terima baiklah.”

“Soal mahkamah, mahkamahlah.”

“Soal keputusan Lembaga Pengampunan, Yang di-Pertuan Agong lah.”

“Namun sebagai orang yang mempunyai amanah, harus saya jawab dengan penuh tanggungjawab.”



“Bila orang buat kenyataan baik, maka kita sambut dengan baik.”

“Itu contoh pimpinan yang baik,” jelas Anwar lagi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen PKR Negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront.

Bagi penulis, sekarang sudah jelas, pihak yang tidak menerima permohonan maaf DS Najib sebenarnya mempunyai agenda peribadi.



Sudah jelas lagi bersuloh, selama ini mereka bukan mengecam skandal yang berlaku dalam 1MDB.

Tetapi mereka menggunakannya untuk melempiaskan dendam kesumat di hati mereka terhadap DS Najib.

Maka tidak hairanlah, walau pun sudah diketahui ramai yang terlibat, tetapi yang didakwa hanya DS Najib seorang.

Mereka sebenarnya tidak kesah atas apa yang berlaku ke atas 1MDB.



Tetapi apa yang mereka mahukan ialah melihat DS Najib terus merengkok di dalam penjara.

Bagi mereka, keadilan dan undang-undang hanyalah alat untuk terus menzalimi DS Najib.

 

Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker